Friday, February 9, 2007

Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah ( PAKSI-JIM)

Pendahuluan

Apa itu Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah ( PAKSI-JIM)?

Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga Islah ( PAKSI-JIM) ialah satu bentuk khidmat masyarakat atau “community service” oleh Wanita JIM.

Ia adalah satu terjemahan berbentuk praktikal terhadap keprihatinan Wanita JIM kepada ahli masyarakat khususnya di dalam hal-hal yang berkaitan dengan remaja, wanita dan keluarga. Pelbagai bantuan seperti khidmat nasihat dan runding cara hal-hal wanita dan remaja, khidmat nasihat guaman kekeluargaan, khidmat nasihat kesihatan akan diberikan kepada setiap ahli masyarakat yang memerlukan.

Objektif Penubuhan PAKSI-JIM

1.Menterjemahkan moto JIM, Bersama Islam Membina Masyarakat ke dalam bentuk amali secara sistematik dan berterusan.

2. Berkongsi ilmu dan kepakaran oleh tokoh-tokoh JIM, khususnya wanita dengan ahli masyarakat di dalam hal-hal berkaitan dengan remaja, wanita dan keluarga.

3.
Menunaikan tanggungjawab menyantuni insan melalui khidmat nasihat serta runding cara yang berlandaskan Islam.

4.
Merupakan salah satu aktiviti wanita JIM untuk melebarluaskan jaringan dan penempatan strategik wanita JIM di dalam masyarakat.


Unit-unit di bawah PAKSI-JIM
1.
Unit Khidmat Wanita dan Remaja (Unit Khidmat Nasihat Islah -UKNI)

2.
Unit Khidmat Nasihat Undang-undang Keluarga (UNIK)

3.
Unit Khidmat Sokongan Pesakit Barah
(CAKNe- Cancer Associates and Kindred Networking)

4.
Unit Santunan Wanita (reach-out programmes)

4 comments:

Anonymous said...

salam,

sila berikan address bagi blog PAKSI JIM, www.??????????.blogspot.com?ini memudahkan orang-orang nak terus acess to PAKSI JIM. please email me at wanitajim0@yahoo.com

Anonymous said...

add blog paksi: www.welovewecare.blogspot.com

Suriya said...

http://welovewecare.blogspot.com/

Anonymous said...

Well said.